PENGUATKUASAAN

Senarai Hitam

Pinjaman yang bertunggakkan akan di senarai hitam. Kesan daripada tindakan ini, peminjam dan penjamin-penjamin beserta dengan anak-anak peminjam dan penjamin tidak layak lagi menerima semua kemudahan MARA seperti berikut:

  1. Kemasukan ke MRSM, IKM dan KKTM
  2. Pendahuluan Pinjaman Pelajaran
  3. Pinjaman / Biasiswa Pelajaran MARA
  4. Kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
  5. Pinjaman / Pembiayaan Perniagaan
  6. Sewaan Ruang Niaga MARA
  7. Lain-lain kemudahan MARA

Kegagalan bayaran balik pinjaman membolehkan MARA melaksanakan tindakan selanjutnya seperti berikut:

  1. Bayaran 20% kepada Agensi Kutipan Hutang dicaj ke akaun penerima kemudahan MARA
  2. Serahan nama untuk tindakan penguatkuasaan ke Bahagian Undang-undang MARA
  3. Sekatan perjalanan ke Luar