SOALAN LAZIM
     
  |BAHAGIAN A: BAYARAN BALIK PINJAMAN| |BAHAGIAN C : PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN / PENGECUALIAN|
     
  |BAHAGIAN B : PENANGGUHAN| |BAHAGIAN D : LAIN-LAIN|
 
  BAHAGIAN A: BAYARAN BALIK PINJAMAN
   
  JADUAL BAYARAN BALIK
1. Soalan : Bilakah Jadual Bayaran Balik (JBB) biasanya dikeluarkan ?

Jawapan :
Jadual Bayaran Balik (JBB) akan dikeluarkan secara automatik  setahun selepas tamat tajaan MARA.
(Bagi program selain daripada program Sarjana Teknopreneur Keusahawanan). Bagi program Sarjana
Teknopreneur Keusahawanan, tindakan tuntutan bayaran balik dilaksanakan selepas 36 bulan tamat pengajian.
2. Soalan : Saya telah lama menamatkan pengajian tetapi tidak pernah menerima Jadual Bayaran Balik (JBB) dari MARA. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan jadual tersebut ?

Jawapan : Jadual Bayaran Balik (JBB) boleh diperolehi secara on-line melalui www.mara.gov.my/ebaki atau Semakan Penyata Baki Pinjaman Secara Online di www.mara.gov.my atau pun dengan menghubungi pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA.
3. Soalan : Mengapa Jadual Bayaran Balik (JBB) telah dihantar kepada saya sedangkan saya belum menamatkan pengajian di insitusi pengajian memandangkan saya telah melanjutkan tempoh pengajian saya.  

Jawapan : Jadual Bayaran Balik (JBB) akan dikeluarkan secara automatik   setahun selepas tamat tajaan MARA tanpa mengambilkira tempoh lanjutan pengajian tersebut.   
   
 

CARA / KAEDAH BAYARAN

4. Soalan : Saya telah menerima Jadual Bayaran Balik (JBB). Apakah cara-cara/ kaedah-kaedah bayaran yang boleh digunakan ?

Jawapan : Terdapat enam cara / kaedah bayaran yang boleh digunakan oleh peminjam untuk membuat bayaran mengikut kesesuaian dan keselesaan peminjam.

i) Bayaran tunai di kaunter bayaran :

a) Bahagian Kawalan Kredit, Ting 3
b) Ting 2, Medan MARA
c) Pejabat MARA Negeri dan Daerah
d) Pejabat Pos Berkomputer

ii) Kemudahan Bank :

Bank

Kemudahan / Perkhidmatan

Cara Bayaran

1) BIMB

Kaunter Bank

Lengkapkan Slip Bayaran untuk membuat bayaran.

Perbankan Internet

http://www.bankislam.biz

ATM

Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM

SMS

Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui SMS

2) Bank Rakyat

Kaunter Bank

Lengkapkan Slip Bayaran untuk membuat bayaran.

Perbankan Internet

http://www.irakyat.com.my

ATM

Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM

3) Maybank

Perbankan Internet

http://www.maybank2u.com.my

Perbankan Internet melalui telefon mudahalih (M3G)

Set muat turun untuk mengaktifkan penggunaan perkhidmatan GPRS/3G. Setkan telefon mudahalih untuk penggunaan perbankan internet melalui telefon mudahalih. Muat turun dan aktifkan M2U Mobile.

4)  BSN

Kaunter Bank

Lengkapkan Slip Bayaran untuk membuat bayaran

5)  EON Bank

Kaunter Bank 

Lengkapkan Slip Bayaran untuk membuat bayaran. 

6)  Ambank

Perbankan Internet

http://www.ambg.com.my

7)  CIMB

Perbankan Internet

http://www.cimbclicks.com.my

8)  Public Bank

Perbankan Internet

http://www.pbebank.com.my

9)  RHB

Perbankan Internet

http://www.rhbbank.com.my       
























** Sila layari www.mara.gov.my bagi semakan panduan bayaran secara online/di kaunter bank.

iii) Cek/Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos
iv) Potongan Gaji
v) Arahan Bank (Standing Instruction)
vi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

5. Soalan : Bolehkah cara / kaedah bayaran balik yang berbeza-beza digunakan ?

Jawapan : Ya, anda dibenarkan menggunakan cara / kaedah bayaran balik yang berbeza-beza mengikut keselesaan dan kemudahan anda.
   
  BAYARAN BALIK OLEH PEMINJAM BERADA DI LUAR NEGARA
6. Soalan : Saya akan berpindah dan menetap di luar Negara. Bagaimanakah cara bayaran balik yang boleh digunakan ?

Jawapan : Bayaran balik boleh dibuat sebagaimana berikut :

Bil

Kaedah

Tindakan Pelajar

Kesan

 

1

 

Membuat Telegraphic Transfer (TT)  terus ke akaun bank MARA di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Medan MARA
Nama akaun : Majlis Amanah Rakyat (Akaun Penerimaan)
A/C NO. 1404101007772
SWIFT NO. : BIMBMYKL

 

Membuat Telegraphic Transfer di mana nilainya mengikut tukaran matawang asing.

Pelajar perlu maklumkan  maklumat bayaran kepada Urusan Penerimaan untuk diselaraskan ke lejer peminjam.

 

Cepat tetapi tidak digalakkan kerana kesukaran mengenalpasti penerimaan.

Amaun  yang diterima oleh bank MARA mungkin tidak sama dengan amaun yang dihantar oleh pelajar.

 

2

 

Menghantar Bank Deraf  kepada Bahagian Kewangan MARA, Kuala Lumpur.

 

Membuat Bank Deraf dan hantar melalui pos

 

Kadar caj yang tinggi akan dikenakan oleh bank dan tempoh masa yang lama untuk penunaian (3-4 minggu) Bank Deraf.

Amaun yang diterima oleh MARA mungkin tidak sama dengan amaun  yang dihantar oleh pelajar.

 

3

 

Direct Debit/Perbankan Internet dari akaun bank di Malaysia

 

Mempunyai akaun bank di bank-bank di Malaysia yang mempunyai  kemudahan perbankan internet dan usahasama dengan MARA iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, AMBank, CIMB Bank, Public Bank dan RHB Bank.

 

Bayaran akan diakaunkan ke lejer peminjam dalam tempoh 3 hari bekerja.

Caj bank minima antara RM0.50 – RM1.00 setiap transaksi. 

Tidak melibatkan kadar pertukaran matawang asing.

   
 

BAYARAN BALIK MELALUI KWSP

7. Soalan : Bolehkah saya membayar pinjaman saya melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ?

Jawapan : Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu melalui Skim Pengeluaran Pendidikan Ahli/Anak di Akaun II. Syarat bagi pengeluaran ialah anak/ahli mestilah menuntut di IPTA/IPTS yang diluluskan oleh Kerajaan dan pinjaman yang ditandatangani mestilah dimaterai pada atau selepas tarikh kuatkuasa skim iaitu:

Peringkat Pengajian

Tarikh Kuatkuasa

1) Ahli
- Diploma dan ke atas serta yang  setara dengannya     

 

02/01/2001

2) Anak Ahli
- Ijazah Sarjana Muda dan ke atas serta  yang
setara dengannya
- Diploma

 

01/04/2000

17/01/2006

Walau bagaimanapun, kemudahan ini adalah tertakluk kepada dasar semasa yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

   
  BAYARAN BALIK MELALUI POTONGAN GAJI
8. Soalan : Saya telah bekerja dan ingin membayar balik pinjaman melalui potongan gaji. Bagaimanakah caranya ?

Jawapan : Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji (Borang LPP 20A dan 20B/20C) dalam 3 salinan yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit MARA atau mencetak borang tersebut dari laman web www.mara.gov.my/bkk.
   
 

BAYARAN BALIK MELALUI ARAHAN BANK

9. Soalan : Saya bercadang untuk membuat bayaran balik melalui Arahan Bank. Apakah yang perlu saya lakukan ? 

Jawapan : Anda dikehendaki berurusan dengn pihak bank berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Sila pastikan pihak bank menyatakan nama, no. kad pengenalan dan no. akaun pelajar setiap kali transaksi bayaran kepada MARA dibuat.
   
 

RESIT RASMI BAYARAN

10. Soalan : Saya telah membuat bayaran melalui perbankan internet/kaunter bank tetapi kenapa tidak pernah menerima resit rasmi
pembayaran ?

Jawapan : Resit rasmi tidak akan dikeluarkan sekiranya bayaran dibuat melalui perbankan internet, kaunter bank dan Pejabat Pos. Pengesahan Bayaran/Slip Bayaran adalah bukti pembayaran.

   
 

BAYARAN MELEBIHI ANSURAN BULANAN 

11. Soalan : Bolehkah saya membayar melebihi daripada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Bayaran Balik (JBB) ?

Jawapan : Ya, anda dibenarkan berbuat demikian. Ini akan menyebabkan baki pinjaman  berkurangan dan dapat diselesaikan lebih awal.
   
  SEMAKAN BAYARAN
12. Soalan : Baru-baru ini saya ada membuat bayaran. Bagaimana saya boleh menyemak sama ada MARA telah menerima bayaran yang dibuat ?

Jawapan : Semakan baki dan penyata kewangan boleh dibuat secara on-line melalui www.mara.gov.my/ebaki ataupun dengan menghubung pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga(3) hari (hari bekerja) bayaran dibuat.

   
13. Soalan : Saya telah membuat bayaran tetapi semakan melalui ebaki mendapati ia masih belum dikemaskini.

Jawapan : Pengemaskinian di ebaki  akan dibuat selepas tempoh 3 hari pembayaran.
   
 

PENJADUALAN SEMULA BAYARAN BALIK

14. Soalan : Saya telah ketinggalan dalam membuat bayaran balik menyebabkan   tunggakan  tinggi. Bolehkah saya memohon untuk penjadualan semula bayaran balik ?

Jawapan : Tunggakan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penjadualan semula dibenarkan. Penjadualan semula bayaran balik hanya dibenarkan sekiranya  bayaran dibuat melalui potongan gaji atau arahan bank.

   
  SURAT PELEPASAN
15. Soalan : Saya telah melangsaikan semua baki pinjaman. Adakah surat pelepasan akan dikeluarkan ?

Jawapan : Surat pelepasan hanya akan dikeluarkan sekiranya terdapat permohonan daripada peminjam / penjamin dengan syarat semua pinjaman telah dilangsaikan.

16. Soalan : Saya bercadang untuk membuat pinjaman bank tetapi melalui semakan  mendapati telah disenaraihitam oleh MARA. Bolehkan surat pelepasan dikeluarkan?

Jawapan : Semua tunggakan hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum surat pelepasan dikeluarkan.
   
 

BAYARAN TIDAK MENGIKUT JADUAL

   
17. Soalan : Adakah caj atau yuran lain akan dikenakan jika saya membayar tidak mengikut jadual?

Jawapan : Tiada caj lewat bayar yang dikenakan kecuali jika nama peminjam  telah  disiarkan di akhbar ataupun telah diambil tindakan undang-undang. Kadar yang dikenakan bergantung kepada kos mahkamah/guaman/siaran akhbar pada masa tersebut.

   
18. Soalan : Saya bekerja dengan pendapatan yang tidak tetap. Bolehkah saya membayar kurang daripada ansuran bulanan yang telah ditetapkan?

Jawapan : Bayaran perlu dibuat mengikut jadual. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tunggakan meningkat dan tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap peminjam/penjamin.

   

BAHAGIAN B : PENANGGUHAN

 

PENANGGUHAN  ATAS ALASAN  MELANJUTKAN PENGAJIAN

19. Soalan : Saya bercadang untuk melanjutkan pengajian. Adakah saya dibenarkan  untuk membuat penangguhan bayaran balik ?

Jawapan :

a) Tidak Bekerja

Sekiranya tidak bekerja, permohonan untuk penangguhan bayaran balik akan dipertimbangkan dengan syarat mengemukakan surat pengesahan sedang belajar dari institusi pengajian. Surat tersebut mestilah menyatakan kursus/program yang diikuti, tarikh mula pengajian (bulan/tahun) dan jangkaan tarikh tamat pengajian (bulan/tahun). Surat tawaran tidak diterima sebagai pengesahan belajar.

b) Bekerja
Sekiranya telah bekerja, penangguhan hanya akan dipertimbangkan jika   kebenaran melanjutkan pengajian diluluskan oleh majikan tanpa gaji. Sebaliknya, jika kelulusan bergaji penuh/separuh  diperolehi, permohonan penangguhan tidak akan dipertimbangkan dan bayaran balik pinjaman perlu dijelaskan sebagaimana jadual yang ditetapkan.

   
 

SURAT PENANGGUHAN

20. Soalan : Saya merupakan bekas pelajar tajaan  MARA yang telah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Saya bercadang  untuk memohon tajaan MARA sekali lagi dan dimaklumkan oleh pihak BPP untuk mengemukakan  surat penangguhan terlebih dahulu.  Bolehkah saya mendapatkan surat penangguhan berkenaan?

Jawapan : Surat penangguhan hanya akan dikeluarkan setelah mengemukakan surat pengesahan belajar dari institusi pengajian dan telah berstatus “Pembayar”. Sekiranya terdapat tunggakan, jumlah tunggakan tersebut perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum penangguhan diberikan. Sekiranya belum berstatus pembayar, sila hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

   

BAHAGIAN C : PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN / PENGECUALIAN

 

PERMOHONAN PENGURANGAN

21.

Soalan: Bagaimana untuk memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman  Pelajaran MARA ?
Jawapan: Untuk memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA, peminjam mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:


a) Tawaran Pinjaman Pelajaran yang ditawarkan merupakan Pinjaman Boleh Ubah
b) Pinjaman Pelajaran yang ditawarkan mulai  01.01.1985.
c) Tamat dan lulus pengajian dalam jangka masa yang di tetapkan.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA dengan menyertakan salinan skrol/sijil Diploma/Ijazah/Profesional serta transkrip rasmi yang telah disahkan benar.

Pengesahan benar salinan dokumen hendaklah dibuat oleh Pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional   Kerajaan/Badan Berkanun Kumpulan A dan Kumpulan B/Penghulu/Ketua Kampung/Sidang/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Mejistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Pengesahan bagi pihak seperti b.p.:Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan dan lain-lain tidak diterima.

   
22.

Soalan:Berapakah peratus pengurangan pinjaman yang layak diperolehi?

Jawapan: Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA diberikan berdasarkan prestasi pencapaian akademik yang diperolehi dalam bidang pengajian masing-masing. Penetapan kadar bayaran balik adalah tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan Majlis MARA dari semasa ke semasa.

   
23.

Soalan : Saya telah memohon untuk pengurangan bayaran balik. Adakah saya masih perlu membuat bayaran balik seperti biasa atau menunggu sehingga keputusan pengurangan tersebut dikeluarkan ?

Jawapan : Ya, bayaran balik perlu dijelaskan mengikut jadual walaupun permohonan untuk pengurangan telah dibuat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tunggakan semakin tinggi.
   
24.

Soalan : Saya telah memperolehi 100% pengurangan bayaran balik pinjaman.
Walau bagaimanapun, saya pernah membuat bayaran sebelum ini.  Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan balik bayaran yang telah  dijelaskan?

Jawapan : Permohonan   untuk   mendapatkan    balik    bayaran    yang   telah  dijelaskan bolehlah dibuat. Walau bagaimanapun, semakan akan dibuat terlebih  dahulu. Sekiranya  didapati  masih  ada baki  pendahuluan pinjaman pelajaran/ pinjaman mikrokomputer  pelajar yang belum dijelaskan,  maka  wang  tersebut  akan digunakan untuk menjelaskan baki pinjaman tersebut terlebih dahulu dan selebihnya akan dikembalikan kepada peminjam. 

   
25.

Soalan : Saya telah mendapat kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman.  Adakah jadual bayaran balik yang baru akan dikeluarkan ?

Jawapan : Tidak. Jadual  bayaran  balik   yang  asal  masih  boleh  digunapakai.  Walau bagaimanapun,  jadual  baru  berdasarkan  kepada baki semasa  akan  dikeluarkan    sekiranya   terdapat   permohonan   daripada   peminjam  ataupun
peminjam bersetuju membayar melalui potongan gaji atau Arahan Bank.

   
 

PENGURANGAN KALI KEDUA

26.

Soalan : Adakah saya layak membuat permohonan pengurangan buat kali kedua bagi peringkat pengajian yang sama sedangkan saya telah mendapat pengurangan sebelum ini?

Jawapan : Tidak. Pengurangan hanya diberikan sekali bagi satu peringkat pengajian sahaja.

   
  TIDAK TAMAT PENGAJIAN
27.

Soalan : Saya ingin membuat permohonan pengurangan jumlah pinjaman tetapi  saya tidak menamatkan pengajian di peringkat tajaan MARA. Adakah saya layak untuk memohon ?

Jawapan : Syarat untuk memohon pengurangan jumlah bayaran balik pinjaman ialah lulus pengajian dalam tempoh tajaan MARA.

   
 

PENGECUALIAN KERANA BERKHIDMAT DENGAN MARA/ ANAK SYARIKAT MARA

28.

Soalan : Saya merupakan salah seorang kakitangan MARA / anak syarikat  MARA. Bagaimanakah untuk memohon pengecualian?
Jawapan : Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yang boleh diperolehi secara on-line melalui www.mara.gov.my/bkk atau mendapatkannya di kaunter Bahagian Kawalan Kredit MARA. Permohonan tersebut mestilah disertakan bersama salinan transkrip penuh, salinan sijil Sarjana/ Ijazah/ Diploma dan surat tawaran berkhidmat. Pihak MARA akan mengeluarkan Surat Makluman Bersyarat di mana peminjam perlu mematuhi tempoh perkhidmatan wajib yang telah ditetapkan. Surat Pengecualian rasmi hanya akan diberikan setelah peminjam menamatkan tempoh perkhidmatan tersebut.

   

BAHAGIAN D : LAIN-LAIN

  PERTUKARAN PENJAMIN
29. Soalan : Adakah saya dibenarkan untuk menarik diri daripada menjadi penjamin dan menggantikannya dengan penama lain?

Jawapan : Mengikut Perkara 5(a), Surat Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA, penjamin tidak dibenarkan menarik diri dari menjadi penjamin kecuali atas sebab-sebab berikut :
      • Meninggal dunia,
      • Tidak lagi bermastautin dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan berturut-turut,
      • Diisytiharkan bankrap atau
      • Memperolehi perintah pentadbiran pemakan gaji.
   
 

PERTUKARAN ALAMAT

30. Soalan : Jika saya telah bertukar alamat. Bagaimanakah caranya untuk saya memaklumkan kepada MARA ?

Jawapan : Anda boleh memaklumkan MARA melalui emel/surat/ telefon disusuli dengan salinan kad pengenalan atau bili-bil utiliti yang tercatit alamat terkini.
   
 

SEMAKAN SEBAGAI PEMINJAM ATAU PENJAMIN

31. Soalan : Saya ada memohon pinjaman dari bank tetapi ditolak dan dimaklumkan masih ada baki pinjaman MARA yang belum dijelaskan. Bolehkah saya  menyemak sama ada saya pernah membuat pinjaman atau pernah menjadi penjamin bagi pinjaman MARA?

Jawapan:Ya, semakan boleh dibuat secara on-line melalui www.mara.gov.my/ebaki atau Semakan Penyata Baki Pinjaman Secara Online di www.mara.gov.my atau pun dengan menghubung pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA.